Saturday, August 1, 2009
Al - Quran : Teman Di Dalam Kubur
Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Pada
hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang
mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al - Quran, bukan Nabi, bukan
malaikat dan sebagainya". Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui
bahawa Al - Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan
diterima
Allah.
Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.
Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke
rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan
orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan. Tetapi orang yang
kacak itu akan berkata :
"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau
dalam keadaan apa sekali pun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan
meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!".
Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: "Akulah
Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara
dan kadang kala dengan suara yang kuat".
"Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini,engkau tidak akan berasa dukacita lagi"
Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya
satu
hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat dari
syurga"
Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu
tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja
tanpa
berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang
yang rugi.
Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah
ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu
memperlambatkan
atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di
alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi
bantuan
kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia.
Allah telah menjanjikan Al - Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan
janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al - Quran dan jadikalah ia teman
di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat. Semoga Allah swt memberikankita restu
dan hidayahnya.....AMIN!!!
0 comments:
Post a Comment