Saturday, August 1, 2009

Al Quranul Karim dan Alam Semesta


Sebenarnya tidak ada apa-apa kekeliruan sebenarnya yang timbul dari gambar itu sebab sepertimana yang telah juga saya terangkan dahulu bahawa petanda kiamat berlaku dalam banyak bentuk pada langit bumi, langit samawi dan juga langit hakiki.

Tentu saudara pernah baca dalam artikel saya bertarikh 27 Disember 2001 lalu: "Black Holes, Lapisan Ozon dan Langit Pecah" berkenaan dalil Quran dari Surah Ath Thur ayat 44: "Jika mereka melihat sebahagian (benda) langit gugur, mereka akan mengatakan: Itu adalah awan yang bertindih-tindih." Saya ingin merujuk bahawa petanda dari dalil Quran ini bukan saja terhadap sebuah dua nebula sahaja di Alam yang maha luas ini bahkan amat banyak lagi selain dari Nebula Ketam (Crab Nebula) dan termasulah juga Cat's Eye Nebula ini. Soal warna adalah lumrah dan soal langit pecah juga lumrah sebab semuanya memperlihatkan sifat-sifat kerapuhan (fragile) umpama kaca.


Lihat firman Allah berkenaan takrif kaca di bawah iaitu dalam Surah An Nur ayat 35:
"Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak (pula) di sebelah barat(nya), yang minyaknya sahaja hampir-hampir menerangi walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahayaNya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."

Ayat di atas ini jika kita renung dalam-dalam memperingatkan kita tentang struktur galaksi-galaksi dalam Alam Semesta di mana cahaya semua galaksi itu seakan-akan tidak disentuh api bahkan bersinar-sinar dengan iradat Allah Ta'ala (maksud saya, Allah memberi kekuatan kepada jasad gigantic ini untuk berpusing dan menyinari alam yang gelap kosong). Jika kita bayangkan juga tentang besarnya galaksi-galaksi itu, sebenarnya semuanya hanyalah kecil sahaja berbanding keseluruhan alam. Takwilnya ialah semua galaksi ini bahkan juga nebula-nebula adalah bersifat rapuh dan sementara (alam ini sementara).

Tegasnya, semua yang Allah perturunkan kepada kita berupa wahyu mempunyai banyak perumpamaan-perumpaan yang amat banyak sekali hendak diungkapkan dengan tafsir-menafsir dan kata-kata seperti yang disebut oleh Allah dalam Surah Al Kahfi 109 dan Luqman 27 iaitu "Andai Lautan menjadi tinta dan pohon-pohonan menjadi pena........".

Surah Al Rahman memanglah merujuk kepada hari kiamat sebab jelas sekali perihal langit pecah terbelah dikhabarkan oleh Allah. Berkenaan fenomena Cat's Nebula hanyalah satu simbolik yakni perumpamaan-perumpamaan yang dipertunjukkan bukti oleh Allah pada alam untuk kita lihat dan renung. Jadi, boleh diterima. Begitu juga pendapat Dr. Mustafa Nasir berkenaan gergasi merah, boleh diterima. Itulah saya katakan bahawa ayat Quran amat Universal, susah sekali hendak tafsir untuk mengkhusus kepada sesuatu perkara sahaja, banyak lagi perkara lain yang akan menyangkut. Wallahua'lam.

Berkenaan kalimah Allah datang atau muncul kepada manusia sebagai bentuk kebenaran ilmiah, iya benar. Bukan setakat ilmu sains, bahkan semua peristiwa dalam alam ada juga yang tidak dapat dihuraikan secara sains. Jadi, setakat mana jumpaan manusia yang memberi kesedaran kepada kekuasaan Allah.... itulah dia kebenaran!!

Sekian, wassalam. Insya Allah. Nanti ada lagi fakta menarik akan saya tulis untuk artikel baru.

Artikel oleh AZAM NOOR.




0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Info|Tazkirah is wearing Blue Weed by Blog Oh! Blog | To Blogger by Gre at Template-Godown | Entries (RSS) and Comments (RSS).